ROVER B
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ROVER B

WELCOME TO BANGSAR ROVER B
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Dear ROVER B members, plz kindly submit your roverb logo/slogan design. we will vote in (10 AUGUST09)

 

 SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

Go down 
AuthorMessage
Admin
USAHA
USAHA
Admin


Posts : 80
Reputation : 2
Join date : 2009-07-09

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA Empty
PostSubject: SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA   SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA I_icon_minitimeSun Jul 19, 2009 1:38 pm

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA Baden-powell1929

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhanya oleh para belia. Aktiviti Pengakap dimulakan oleh Lord Baden-Powell (BP) sebagai persendiaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai inisiatif untuk Pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang. Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan , BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamanya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi seperti Boys Brigade, Untuk menguji penayampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea. England pada 31 julai hingga 9 ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.

Buku panduan yang bertajuk “SCOUTING FOR BOYS” itu telah diterbitkan oertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sembutan daripada sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan dengan segera melatakan patrol meraka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada gologan yang lebih dewasa, lalu mereka melantik ketua sendiri daripada individu yang lebih dewasa.

Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke Negara-negara lain. Pengakap telah diwujudkan di Malaysia pada tahun 1908, selapas ia diasakan di Britain. Pasukan Pengakap pertama, ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan Pengakap berkembang ke Malaysia.

Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal de lebih 200 buah Negara di dunia dengan keahliannya melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakan Negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia.

Oleh sebab kegiatan berpengakap semasa peringkat awal penubuhannya lebih tertumpu pada golongan kanak-kanak dan remaja, ahli-ahli Pengakap lama ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan meraka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana (ROVER SCOUT) dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Senior (SENIOR SCOUT). Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah ditukar menjadi Pengakap Kelana.

Pada tahun 1922, BP telah menulis dan menerbitkan sebuah buku ROVERING TO SUCCESS sebagai panduan untuk Pengakap Kelana. Di dalamnya, beliau membentangkan tujuan dan matlamet Pengakap Kelana dan menggambarkan jalan ke arah kehidupan yang dilihat beliau sebagai panduan untuk pemuda-pemuda mengikuti keadaan semasa. Pada tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (WORLD ROVER SCOUT MOOT) yang pertama telah diadakan di kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3,000 ahli Pengakap Kelana dan keputusan untuk menerima Pengakap Kelana sebagai pergerakan seluruh dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini.
Tahun 1975 memperlihatkan pembangunan yang pesat dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka kepada wanita muda di Malaysia. Ini telah diikuti dengan keputusan yang sama bagi bahagian Pengakap Remaja dan disambung kepada bahagian Pengakap Muda dan bahagian Pengakap Kanak-kanak.

Arrow [BUKU PANDUAN DAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA:pg06:2009]
Back to top Go down
http://roverb.omgforum.net
 
SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» APAKAH PENGAKAP KELANA ?
» SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA (MAIN)
» SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA--> LENCANA-LENCANA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ROVER B  :: 【ROVER TOPIC 罗浮童军交流专区】 :: 【ROVER traning SKIM 罗浮童军课程】-
Jump to: